Friday 28 December 2018

Bukan ‘Queen Control’, Tapi Ini 5 Sebab Isteri Merajuk Bila Suami Balik Lewat

Bukan ‘Queen Control’, Tapi Ini 5 Sebab Isteri Merajuk Bila Suami Balik Lewat


“Yang, Abang balik lewat sikit hari ni ye. Ada member nak belanja makan-makan ni.”
Bila dapat mesej macam ni, mesti ramai yang tarik muka masam, kan? Dari tadi bukan main menunggu jam pukul 5, hati berbunga nak sambut suami balik.
Tapi bila dapat mesej macam ni, terus rasa tak bersemangat dan tak kurang juga yang marah-marah dan merajuk. Suami pun mulalah label isteri sebagai ‘queen control’ dan suka mengongkong.
Kalau nak ikutkan, isteri bukan bermaksud nak kawal segala pergerakan suami. Tapi sebenarnya, mereka susah nak luahkan beberapa perkara ini.

5 SEBAB ISTERI MERAJUK KALAU SUAMI BALIK LEWAT & ASYIK LEPAK DENGAN KAWAN

1. ISTERI ANDA SANGAT LETIH

Punca paling utama isteri kurang senang bila suami balik lewat ialah kerana mereka dah terlalu penat apabila seharian di rumah mengurus anak. Bagi surirumah terutamanya, hari mereka bermula seawal 5-6 pagi. Mereka ni bangun paling awal, tidur pula paling lewat. Nak siapkan anak ke sekolah, mengurus bayi, mengambil anak balik sekolah, menyediakan makan, mengemas, mencuci dan macam-macam lagi.
Suami kena faham, hari mereka tak pernah berenggang dengan rengekan dan ragam anak masing-masing. Seorang nak makan, seorang nak tidur, seorang nak berdukung, seorang nak ajak bermain. Selagi kita sendiri tak ‘hadap’ benda-benda ni, kita takkan faham kepenatan mental dan emosi yang dialami.
Bila suami baliklah baru dapat nak ‘bernafas’ sikit. Itupun sekadar memenuhi keperluan diri. Nak mandi, nak ke tandas, nak makan, nak minum kopi yang dari pagi tadi tak habis-habis. Letih. Terlalu letih.

2. ISTERI RASA SUNYI

Walaupun setiap masa ditemani anak-anak di rumah, isteri perlukan seorang dewasa untuk mendengar ceritanya, meluahkan apa yang terbuku di hati, berbincang mengenai anak-anak, urusan kerja rumah atau sekadar berbual kosong. Sebab itulah isteri boleh bercakap tanpa henti sebaik saja si suami melangkah masuk ke rumah. Mungkin si isteri tak bermaksud nak membebel, tapi dalam hatinya cuma nak berkongsi.
Bayangkan kalau kita di tempat kerja tanpa office mate yang ‘sekepala’ dengan kita, tentu mudah kita rasa tertekan dan stres di pejabat kan? Begitulah juga halnya dengan isteri anda. Cuba ingat semula, bila kali terakhir si isteri keluar bersama rakan-rakannya. Mungkin dah terlalu lama sampai isteri pun dah lost contact dengan mereka.
pengalaman ibu

3. ISTERI DAH MASAKKAN SESUATU YANG ISTIMEWA

Bila isteri dah masakkan makanan kegemaran suami, tapi tahu-tahu dia ada rancangan lain. Tentu rasa sedikit ‘berkecai’ perasaan walaupun ia bukanlah disengajakan. Bukan senang nak cari barang memasak yang complete khas buat suami.
Nak tak nak terpaksalah simpan lauk dalam peti. Suami pula bukan jenis makan berulang. Setiap kali terpandang, nak memasak pun rasanya tak ada mood lagi.

4. KASIHANKAN ANAK-ANAK

Dari tadi asyik tanya “Papa mana?”, “Bila Papa balik?”. Sampai kita yang naik geram sebab dah banyak kali diberitahu.
Bayangkan kalau suami sampai rumah jam 6 petang dan anak masuk tidur lebih kurang jam 9-10 malam. Kasihan dengan anak-anak sebab masa bersama ayah cuma 3-4 jam setiap hari. Masa yang singkat itulah si anak-anak nakkan perhatian dan bermanja dengan ayahnya. Kalau yang jenis kerja luar dan tak tentu masa, lagilah kasihan…

5. RASA KURANG DIHARGAI

Walaupun menguruskan rumah dah menjadi sebahagian rutin isteri setiap hari, dah tentu ada hari-hari yang lebih mencabar buatnya. Contohnya kalau anak langsung tak nak tidur atau anak punya pe’el asyik nak berkepit hari ni.
Rasa tak boleh buat apa-apa sampaikan nak solat pun susah. Rasa teringin nak diajak shopping atau makan di luar. Tapi didiamkan saja sebab takut menyusahkan atau menjadi beban pada suami. Tapi tiba-tiba suami ada rancangan lain tanpa bertanyakan keadaan kita yang tunggang terbalik di rumah, manalah tak ‘makan hati’.
Suami kalau balik lewat tu, bawalah something untuk gembirakan isteri. Tapaulah makanan ‘favourite’ dia. Paling kurang kalau terlupa sangat pun belilah coklat dekat 7e tu. Bukannya susah. Itu kan tanda ingatan dan keprihatinan.
Selain itu, pertanyaan ringkas seperti “Awak dah makan?” atau “Anak-anak OK tak hari ni?” dah cukup membahagiakan. Kalau isteri nampak letih sangat, sesekali ‘offer’lah nak picit badan mereka. Mesti terus tak jadi marah!
tanda ocd

BUKAN NAK MENGADA-NGADA…

Sesekali kalau isteri merajuk tu pujuklah. Jangan anggap mereka mengada-ngada pula. Jauh sekali nak jadi ‘queen control’.
Isteri mana yang tak mahukan perhatian daripada suami, kan? Lagipun, dah nama pun orang perempuan. Merajuk itulah salah satu tanda dia sayang!

No comments:

Post a Comment