Friday 28 December 2018

7 Tanda Ego Suami Setinggi KLCC. Stresnya Kalau Macam Ni!

7 Tanda Ego Suami Setinggi KLCC. Stresnya Kalau Macam Ni!


Sebenarnya, ego boleh ditafsirkan sebagai rasa harga diri atau self-worth seseorang. Kita mungkin boleh bayangkan orang yang ego ni biasanya suka cakap besar, sombong dan asyik rasa dia betul.
Tapi tahukah anda secara psikologinya, orang yang ego adalah orang yang rasa dirinya insecure. Lelaki yang ego tinggi mungkin akan buat sesuatu yang kurang disukai sekadar nak menunjukkan ‘kuasa’.
Dalam sesebuah hubungan, kadangkala kita hanya akan nampak ego lelaki ni bila kita dah berkahwin dan duduk serumah. Ada juga yang mula berubah bila dah ada anak.
Apapun, jom kenali beberapa tanda lelaki yang lebih pentingkan ego berbanding perhubungan itu sendiri.

1. SEMUANYA TENTANG DIA

Bila bercakap, semuanya pasal dia, dia, dia. Dia penat, dia lapar, dia nak itu, dia nak ini. Jarang betul dia nak pinjamkan telinga untuk dengar luahan hati isteri.
Bila bercakap dengan anak pun, semuanya nak dibandingkan dengan kehebatan dia. Dulu di sekolah dia dapat markah tinggi, dia pandai bersukan, menang pertandingan dan macam-macam lagilah. Bila anak punya turn bercerita, dia pula scroll handphonesambil buat-buat dengar. Mana aci!
tanda ego lelaki

2. PANTANG DITEGUR

Biasalah kalau orang perempuan berleter, tak ramai lelaki boleh sabar. Tapi ini tidak, kita cakap baik-baik pun dia terus melenting. Langsung tak boleh dibawa berbincang, nak dinasihatkan apatah lagi.
Tak kiralah walaupun dia salah atau tak, dia tetap takkan dengar nasihat orang lain terutamanya isteri sendiri.
ego lelaki

3. SELALU MERENDAHKAN ISTERI

Bila bergaduh, suami yang ego akan sering merendah-rendahkan isteri. Ada saja kelemahan isteri yang ditudingnya.
Bagi dia, isterinya tak cukup sempurna dan bila-bila saja dia boleh dapatkan isteri yang lebih baik. Aduh, stresnya!

4. JARANG ‘JOIN’ AKTIVITI KELUARGA

Suami yang begini selalu rasa aktiviti keluarga ni macam membuang masa dia. Tak ada apa yang penting, tak bawa keuntungan.
Yalah, kononnya bisnes dialah yang paling penting. Nak bagi makan anak bini. Nak bayar bil beli rumah kereta semua. Setakat menghubungkan silaturrahim, apa sangatlah kan….

5. CEMBURU BUTA

Orang yang ego ni sebenarnya sangat cemburu. Ada yang tunjuk depan-depan dan ada yang pendam. Dia nak ego dia jadi benda yang paling penting dalam hidup isterinya.
Dia mudah cemburu dan rasa tak senang bila isteri bersosial atau berkawan dengan sesiapa. Dituduhnya isteri yang bukan-bukan.
Yang peliknya, bila isteri duduk lama sikit di rumah mak pun dia dah bising. Tarik muka masam. Alahai, rumah mak je kot. Entah apa yang dia sakit hati sangat entahlah.

6. SUKA BUAT ISTERI RASA BERSALAH

Bila timbulnya salah faham, mulalah dia berselindung. Dia pandai main psikologi dan akan buat isteri rasa bersalah.
Akhirnya, isteri juga yang minta maaf walaupun bukan salahnya.
tanda lelaki ego

7. JADI ‘RAJA’ DI RUMAH

Makan nak dihidang, baju nak disediakan – tapi dia pula syok duduk depan tengok TV. Pinggan sebiji pun malas nak basuh, apatah lagi bila kita minta tolong kerja-kerja rumah yang lain. Bukan main meradang dia. Nak minta tolong tengok-tengokkan anak jauh sekali.
Dia tahu penat dia saja… Yang kita ni apa???

ISTERI WAJIB PATUH, TAPI BUKANNYA SAMPAI DIBULI

Mungkin kerana sifat semulajadi seorang lelaki yang diciptakan sebagai pemimpin, mereka terdorong untuk berasa lebih penting dan konfiden berbanding kaum wanita.
Apapun, sebagai isteri anda boleh cuba bersemuka dan mengatur strategi untuk membuatkan si suami sedar tabiat buruk mereka yang satu ini. Boleh juga kunjungi sesi kaunseling bersama-sama jika perlunya campurtangan pihak ketiga. Di samping itu, jangan lupa untuk sentiasa berdoa supaya suami dikurniakan hidayah oleh Allah.
Ego sikit-sikit tu biasalah kalau dah namanya lelaki. Tapi jangan sampai berlebihan sebab ia boleh merosakkan hubungan anda dalam diam. Perempuan ni awal-awal dia akan tahan, tapi sekali dah meletup. Habislah!

No comments:

Post a Comment